Thursday, January 7, 2010

Malam Anugerah Seni UKM 2009



#Mohon maaf kerana tidak mengemaskini info blog ini. Setiap individu yang bertanggungjawap agak sibuk dengan urusan masing-masing. Segala kekurangan adalah amat dikesali.


Friday, October 23, 2009

Festival Tari MAKUM 2009


Pada 15-18 Oktober 2009, telah berlansung satu pertandingan tarian yang cukup berprestij di Dewan Canselor Tun Abdul Razak DECTAR (UKM). FESTIVAL TARI MAKUM @ FESTARI MAKUM sudah semestinya satu pertandingan yang tidak asing bagi penggiat senitari di Malaysia. Para peserta dari 16 Universiti seluruh Malaysia telah datang berkampung di UKM membawa harapan bergelar JOHAN festival yang merupakan salah satu daripada pertandingan kebudayaan yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM). Ianya merupakan satu pertandingan yang sememangnya dinanti-nantikan setiap tahun kerana disinilah hasil karya koreografer-koreografer universiti seluruh Malaysia dipertaruhkan. Dari tahun ke setahun, pelbagai unsur kejutan serta unsur kekaguman diketengahkan. Masing-masing manampilkan hasil kreativiti yang bukan hanya menekankan aspek tarian semata-mata, malah turun mengfokuskan kepada unsur-unsur lain dalam tarian seperti permainan emosi.Berikut adalah senarai universiti yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut:-

*UDM
* UKM
* UM
* UMK
* UMP
* UniMAP
* UNIMAS
* UMT
* UPSI
* UTM
* UPM
* USIM
* USM
* UTEM
* UiTM (Shah Alam)
* UUM

Berikut pula merupakan keputusan rasmi pertandingan tersebut:-

Keputusan Rasmi Festival Tari MAKUM 2009


Johan

Universiti Putra Malaysia



Naib Johan

Universiti Kebangsaan Malaysia


Ketiga

Universiti Teknologi MARA




Anugerah Perdana (Kumpulan Terbaik 2009)
1. Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Universiti Putra Malaysia
3. Universiti Teknologi MARA
4. Universiti Malaysia Sarawak
5. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Anugerah Khas Juri
Universiti Sains Islam Malaysia

Anugerah Susunan Muzik Terbaik Tradisional
Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah Susunan Muzik Terbaik Kreatif
Universiti Teknologi MARA

Anugerah Kostum Terbaik Tradisional
Universiti Teknologi Malaysia

Anugerah Kostum Terbaik Kreatif
Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah Perekatari Terbaik Tradisional
Puan Rosmalinda Abu Samah
Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah Perekatari Terbaik Kreatif
Encik Taufiq Mohd Husin
Universiti Putra Malaysia

Anugerah Kumpulan Tradisional Terbaik
Universiti Teknologi MARA

Anuger
ah Kumpulan Kreatif Terbaik
Universiti Putra Malaysia

Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan


Salam Ramadhan buat semua umat Islam terutama buat semua Muslim Aadyamaatrians. Semoga mendapat keberkatan berkekalan.

Friday, July 31, 2009

Sambutan Pesta Konvo

Sekarang ni ramai sedang sibuk dengan sambutan pesta Konvokesyen UKM 2009. Penari disarankan untuk menghadirkan diri untuk setiap sesi latihan bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar serta mudah disiapkan. Adalah dinasihatkan agar semua penari peka dengan masa-masa latihan seta bersedia untuk mempelajari gerak tari yang akan diajar.


Untuk persembahan kali ini, tema satu Malaysia menjadi fokus. Persembahan akan bermula dengan pengenalan terhadap Malaysia sebelum MERDEKA dan peredaran serta perubahan yang berlaku terhadap masyarakat Malaysia selepas peristiwa 31 Ogos 1957. Pelbagai gerak tarian serta pattern kedudukan penari telah dirancang penuh rapi oleh Puan Rosmalinda. Persembahan kali ini pasti menjanjikan kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pastikan anda datang untuk menyaksikan gabungan Artis Budaya, Aadyamaatrians, Pesilat UKM, serta beberapa kumpulan tarian yang terdiri daripada Gamelan, Tarian Rakyat, Tarian Kontem, Tarian Cina dan Tarian Indian beraksi.

Thursday, July 30, 2009

a little glance of the joy in Sarajevo








































Monday, July 20, 2009

Aadyamaatra di Sarajevo

Skarang nie Sap n d rest of the Aadyamaatrians berada d rumah auntie Hasnah di SARAJEVO. Auntie Hasnas is a malaysian yg stay dgn family atas urusan kerja d Sarajevo. Skarang nie 5.02 pagi masa d Sarajevo n kalu kat Malaysia, lebih kurang 1.00++tghari. Ktorg sgt seronok kat sini sbb cuaca panas yg dingin. Skarang musim summer tp walaupon ada Mtahariri, ttp sejuk. suhu biasa time siang is 20-27 celcious n malam plak around 17 celciuos n below. SGT SEJUK bagi yg x biasa.

Owh, mohon maaf sbb x guna bahasa yg lebh formal. i just want it to be a heart felt entry. Buat masa skarang, Zahir, Hafis, Akmal, Farina, Elli, Zurina n Siti tgh nyenyak tdo berselubung selimut tebal.... Jap2...iklan jap... (zahir mengigau...hahaha... dia cakap..."kiter wat show AIM ker uols..." lawak la...hehehe) LUper nak bgtau...Nie skarang nie tgh gune komputer anak auntie. Diaorg nie best sgt tau.

ok... kat sini, dalam festival tarian nie, hanya Malaysia jer yang Dari luar. The rest adalah kontigen2 dr negara yg berdekatan jer. yg paling best kat sini, regarding tarian is that kitaorg jer yg pakai baju lain dari yg lain. so we are the centre of attraction kat sini. sana sini org snap gmbar. Macam artis lak gamatnyer...hehehe... Kalu kak Lin ader kan best. AB pon patut ader kat sini skarang nie...mesti best. Last night ktorg perform kat crowd kat Visoko, tempat yg berdekatan dgn sbuah bukit yg d katakan sebuah piramid yg tertua d dunia yg mungkin merupakan antara tamadun manusia pertama di dunia. Tp mmg bukit tu berbentuk piramid. Suhu time tu 15 celcious... sgt sgt la sejuk. muscles sumer beku time nak mula menari eventhough ktorg dah stretching.

lepas persembahan yg hampir 30 minutes non stop tu, ktorg mmg flat habis2... x larat giler coz dah all out time menari tu. bak kata kak Lin... "all aout jer time rehearsal, time show...apatah lagi..." Pastu, ktorg balik, x sempat pon nak tangkap gmbar pon.

Sampai2 jer hostel, anak auntie bgtau yg they were on their way nak ambik ktorg, nak ajak bermalam. sumer org excited sgt. auntie kate sarapan nanti sier nak masak nasi lemak...hehehe. owh, cakap pasal nasi lemak, kelapa kat sini rm10 satu biji. kalu nak wat nasi lemak nak makan sorang ok la beli sbijik. kalu nak wat makan ramai??? jeng jeng jeng...hehehe......

hari nie nak g Bascarsija Street. Street yg menempatkan deretan kedai2 lama. ala2 antara penempatan terawal kat Sarajevo nie. Banyak sgt benda menarik kat sini tp x leh survive kalo gaji kt rm2000 sbulan coz duit diaorg nie mahal. 1 Marka = RM 2.50. Imagine la...huhuhu. Tp kalu nak pg tangkap gmbar, mmg sesuai sbb kat sini byk sgt building lame yg ade pengaruh British and ader gak yg ade pengaruh Islam.

Malam nie ada last show. Tp x tahu kat maner...hehehe. bukan aper, pengajur x bgtau tempat lg. tp x kisah la. yang penting, nak wat terhabis baik. biar diaorg rs impress dgn ktorg walaupon ktorg sumer paras bawah bahu diaorg. Diaorg nie sgt besar dan tinggi. Kt lak, hahaha... diaorg anggap mcm budak umor 14-15 tahun. K la, x larat dah nak type. lain kali nak updatekan gambar2...tunggu..................

Monday, May 4, 2009

BEngkel Kesenian UKM 2009


Mari bersama memeriahkannya...
 
Tree Hearts Blogger Template